''AYAH, GAJI ayah berapa?"

...................................................................................................................................................................

(tertarik dan tersentuh dgn cerita dibawah. 
Mohon luangkan masa utk membaca walaupun mungkin bg kalangan kamu ianya sesuatu yg remeh..)
*kopi and pasta*





ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"


Ayah pun berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.


Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...


AYAH: "Adik, adik dah tidur?"
ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja    tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."



Adik pun berasa sangat gembira...


ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"

ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."


"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."


Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.





Moral : andai kata gaji si Ayah RM1000 sejam, tp tetap tak dapat membeli masa yg telah lepas dan harga sebuah kasih sayang.. sama juga seperti anak-anak yang telah bekerjaya.. spend sedikit masa utk ibu bapa anda yg kian dimamah usia.. lazimnya mereka tak perlukan lambakan duit yg banyak dari anak-anak melainkan sesuatu yg bernama kasih sayang seorang anak... hargailah mereka sebelum terlambat  *waaaaaa.. aku plak yg touching! :'(






# for me, money doesn't determines a happiness but....
 happiness is a state of mind...
duit bukan segala-galanya...
BESYUKURLAH dan segala-galanya akan mudah dan.. indah...









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

 
Hakciptaterterterpelihara merpatiputehh.blogspot.com